Rancangan Pengajaran (Asas Nyanyian Klasikal Barat)

RANCANGAN PENGAJARAN UNTUK ASAS NYANYIAN KLASIKAL BARAT

Oleh: Lilis Syafiza Binti Mohd Yatim




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu kita kembali. Untuk post saya kali ini, saya sertakan salah satu rancangan pengajaran saya dalam kelas asas nyanyian klasikal barat. Diharap serba sedikit dapat membantu pendidik di luar sana sebagai rujukan kelak. 


Perkara:                                 
Nyanyian Klasikal Barat

Objektif:                        
1. Memberi pendedahan tentang postur badan yang baik dalam nyanyian.  
2. Memberi pendedahkan tentang teknik asas vokal (sokongan pernafasan).
3. Memperkenalkan pelajar tentang asas sebutan dalam bahasa Itali.

Hasil Pembelajaran:             
Di akhir sesi pembelajaran ini, pelajar dapat:
1. Membentuk dan menguasai postur badan dengan baik.
2. Memahami dan juga menguasai teknik sokongan pernafasan dengan baik.
3. Dapat menyanyikan lagu di dalam bahasa Itali dengan sebutan yang betul.

Aktiviti Pengajaran:            
1. Postur badan yang baik.
    i. Penerangan tentang postur badan yang baik semasa duduk.
    ii. Penerangan tentang postur badan yang baik semasa berdiri.
    ** Postur badan bermula dari kepala hingga kaki.

2. Teknik asas pernafasan (Sokongan Pernafasan)
    Latihan Pemanasan Suara (Vocal Warm-Up)
       i. Sustained Hissing
        - Bermula dengan kedudukan postur berdiri, tarik nafas yang dalam melalui hidung dengan mengembangkan tulang rusuk dan paru-paru.
        - Pastikan bahagian dada dan bahu dalam keadaan relax.
        - Kemudian, nafas dilepaskan sedikit demi sedikit melalui mulut (hissing) dalam kiraan 10 dan pastikan tulang rusuk dan paru-paru masih mengembang.
       
     ** Dengan mengekalkan tulang rusuk dan paru-paru dalam keadaan mengembang, penggunaan otot abdomen (abdominal muscle) adalah penting untuk menyokong pernafasan. Semasa menyanyi, diafragma secara beransur-ansur akan menaik dan menolak udara keluar dari paru-paru.
                
        ii. Lip trill & tongue trill
          - Fokus pada otot sekitar bibir dan mulut, tone placement, dan sokongan pernafasan
                        
        iii. Latihan Staccato (triad note)
           - [m] [a] [Ɔ] [h] [u]
           - Untuk memfokuskan pada sokongan pernafasan
           - Untuk melatih otot abdomen supaya bekerja lebih kuat (Expend the muscle)


 3. Pembelajaran lagu
     Tajuk Lagu: Caro Mio Ben
     Komposer: Giuseppe Giordani (1751-1798)
         
       i. Sebutan
        - Penerangan diberikan kepada pelajar tentang sebutan bahasa Itali yang betul.
        - Guru menyebut frasa perkataan diikuti oleh pelajar.
                        
        ii. Nyanyian
       - Latihan melodi lagu bahasa Itali dimulakan setelah pelajar dapat menguasai sebutan setiap frasa perkataan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan Alat Muzik Brass

POSTUR