Pengenalan Alat Muzik Brass

Pengenalan Alat Muzik Brass

Oleh : Mohd Yusri Bin Mohd Roslan



Alat Muzik Brass
  Seperti namanya, keluarga alat muzik brass adalah alat muzik tiupan yang diperbuat daripada bahan logam. Keluarga instrumen brass memiliki suara yang sangat dominan kerana ia mampu mengeluarkan suara yang sangat kuat berbanding alat musik orkestra yang lain.
  Berbeza dengan alat muzik tiup keluarga woodwind yang memiliki ujung nipis yang dilletakkan ke dalam mulut untuk meniupnya, meniup alat muzik brass adalah dengan cara mengetip bibir luar pada ujung peniup yang lubangnya sedikit lebar.
  Alat musik brass pada asalnya merupakan sebuah alat yang sangat panjang, dimana lubangnya melebar pada bagian akhir. Bentuk alat musik Brass dibuat melengkung dalam berbagai bentuk agar pemain dapat lebih mudah memegang dan menggunakannya.
  Beberapa alat muzik yang termasuk dalam keluarga brass adalah Trumpet, French Horn Trombone dan Tuba

Sejarah


Trumpet
Siapa yang tidak mengenali Trumpet?
Nenek moyang Trumpet sudah wujud sejak zaman Mesir kuno dan ia dapat dibuktikan dengan adanya lukisan-lukisan pada makam raja-raja Mesir kuno. Trumpet kuno terbuat dari bahan perak atau tembaga dengan panjangnya sekitar 50-60cm. Pada zaman itu, Trumpet hanya dianggap sebagai sesuatu alat atau simbol yang hanya dimainkan untuk menyembah dewa Osiris.
   Trumpet adalah alat muzik yang paling kecil di dalam keluarga brass. Ia juga menyumbangkan nada dengan pitch tertinggi diantara anggota keluarga lainnya. Suaranya berbunyi kuat dan bingit. Trumpet pada zaman kini diperbuat daripada bahan logam yang berkualiti tinggi dan terdapat 2 lengkungan pada. Jika lengkungan ini dibuat secara lurus, panjang Trumpet mampu mencapai hamper 2 meter jaraknya. Umumnya dalam sebuah orkestra terdapat dua hingga empat pemain Trumpet.
French Horn
Horn merupakan salah satu alat muzik dengan bentuk yang sangat unik diantara alat musik orkestra yang lain. Misalnya, key pada Horn dimainkan oleh tangan kiri dan cara memainkannya dengan posisi terbalik, iaitu dengan corong yang mengeluarkan bunyi menghadap ke belakang
  Horn merupakan salah satu alat muzik yang cukup sukar untuk dimainkan.
French Horn, seperti namanya, berasal dari Perancis. Bentuknya yang berlika-liku membuatkkannya nampak begitu unik, dan jika seluruh lengkok  pada French Horn dibuka dalam posisi lurus, ia boleh mencapai 550centimeeter panjangnya. Umumnya didalam sesebuah orkestra, akan ada dua hingga delapan pemain French Horn.
Trombone
Trombone adalah alat muzik dalam keluarga brass yang berukuran cukup panjang, dan cara memainkannya dengan menolak valve ke depan dan ditarik ke belakang, berbeza dengan alat muzik tiup yang lain.
Trombone pada umumnya diperbuat daripada bahan logam, dan jika semua lengkungannya dibiarkan memanjang, ukuran Trombone dapat mencapai sekitar 275 cm.
  Trombone pada asalnya diciptakan pada pertengahan abad ke 15, untuk memenuhi keperluan para komposer dalam mewujudkan nada rendah dalam sesebuah orkestra. Walaupun variasi bentuk Trombone berubah-ubah, namun secara dasarnya, konsep bermain (ditolak dan ditarik) tidak pernah berubah hingga saat ini.
Umumnya dalam sebuah orkestra, terdapat tiga pemain Trombone.
Tuba
Tuba merupakan nada bass dari keluarga alat muzik brassTuba memiliki ukuran yang sangat besar sebagai alat muzik tiup. Corong bahagian hujungnya begitu besar dan cara memainkan tuba adalah dengan menggendongnya atau dipangku.
  Sebenarnya, diantara semua alat muzik dalam orkestraTuba mampu menghasilkan nada bass paling rendah dan berat. Ukuran panjang Tuba yang dibuat berlika-liku dapat diukur sekitar 250cm hingga 550cm. Semakin panjang ukurannya, semakin rendah nada yang dapat dicapainya.
  Umumnya dalam sebuah orkestra, ada hanya satu orang pemain Tuba. Kerana itulah, seorang pemuzik yang bermain Tuba harus memiliki pernafasan yang sangat baik, kerana nafas yang ia keluarkan memerlukan tenaga yang cukup kuat agar Tuba dapat menghasilkan bunyi yang lantang dan harmonis bersama dengan alat muzik orchestra yang lain.



Comments

Popular posts from this blog

POSTUR