Rancangan Pengajaran Harian Pembelajaran Trumpet

Rancangan Pengajaran Harian Pembelajaran Trumpet

Oleh : Mohd Yusri Bin Mohd Roslan


Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran
: Pendidikan Muzik
Bidang Pelajaran
: Mengenal Trumpet
Tingkatan
: 1 Alfa
Tarikh
: 24/3/2018
Masa
: 10.30 – 11 pagi
Bil Pelajar
: 1 Orang
Objektif
1.      Mengenalpasti bahagian-bahagian yang ada pada alat muzik Trumpet
2.      Mengetahui teknik meniup trumpet dengan postur yang betul.
Hasil Pembelajaran
: Pada akhir sesi pembelajaran, pelajar dapat :
1)      Menjawab soalan bahagian-bahagian yang ada pada trumpet
2)      Dapat meniup not C bawah.
Pengetahuan Sedia Ada
: Pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada didalam teori-teori      muzik.
Bahan Bantu Mengajar
: Trumpet, lcd, laptop
Sikap dan nilai
:Sikap dan nilai murni yang terdapat dalam aktiviti ini adalah :

1)      Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai Trumpet.
2)      Memberi pengalaman langsung kepada pelajar cara mengendalikan alat muzik Trumpet.
3)      Memupuk sikap berhati-hati didalam diri pelajar dalam mengendalikan alat muzik.
4)      Melahirkan pelajar yang kreatif dan memupuk sikap sabar didalam diri murid.


Langkah-langkah pengajaran
Langkah
Aktiviti pengajaran & Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti pelajar
Langkah 1
1.      Guru memberi pengenalan berkaitan alat muzik trumpet kepada murid.
2.      Guru menunjukkan cara-cara memasang dan mengendalikan trumpet dengan betul kepada murid.
3.      Guru menunjukkan cara memegang trumpet dan postur berdiri dan duduk yang betul kepada murid.
1.      Murid mendengar penjeasan guru tentang trumpet.
2.      Murid mengikut langkah-langkah yang diajar oleh guru.
3.      Murid melihat cara memegang trumpet semasa berdiri dan duduk yang ditunjuk oleh guru.
BBM :
LCD,
Laptop,
trumpet
Langkah 2
1.      Guru memperkenalkan bahagian-bahagian serta fungsi yang ada pada trumpet.
2.      Guru menerangkan teknik pernafasan yang betul semasa bermain trumpet kepada murid.

1.      Murid melihat gambar bahagian-bahagian alat muzik trumpet yang ditunjuk oleh guru.
2.      Murid membuat latihan pernafasan secara ringkas mengikut arahan guru.
BBM :
LCD,
Laptop,
trumpet
Langkah 3
1.      Guru memperkenalkan teknik buzzing kepada murid.
2.      Guru membimbing murid melakukan buzzing dan menerangkan teknik-teknik untuk buzzing dengan betul.
3.      Guru membimbing murid menghasillkan bunyi not C bawah dengan teknik-teknik yang diajar.
1.      Murid mmendengar penjelasan guru tentang buzzing.
2.      Murid diminta untuk melakukan buzzing menggunakan mouthpiece dengan bimbingan guru.
3.      Murid diminta untuk mencuba menghasilkan not C bawah menggunakan Trumpet.
BBM :
LCD,
Laptop,
trumpet
Penutup
1.      Guru membuat kesimpulan bersama murid berkaitan topik yang diajar.
2.      Guru menyoal murid tentang bahagian-bahagian yang ada pada trumpet untuk menguji murid.
3.      Guru meminta untuk murid menyimpan kembali alat muzik Trumpet.
1.      Murid mendengar penjelasan guru mengenai tajuk yang dipelajari pada hari ini.
2.      Pelajar diarah untuk menjawab soalan ringkas yang diberi oleh guru.
3.      Murid diarah untuk menyimpan kembali alat muzik dalam keadaan asal.
BBM :
Trumpet

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan Alat Muzik Brass

POSTUR