POSTUR


POSTUR

Oleh: : Lilis Syafiza Mohd Yatim


Nyanyian yang baik bermula dari amalan penjagaan postur yang betul. Postur yang baik bermaksud memastikan tubuh badan berada di dalam keadaan yang seimbang bagi membenarkan otot-otot pernafasan berfungsi dengan sempurna serta membolehkan bunyi yang diingini terhasil tanpa sebarang gangguan fizikal.

Di sini dibincangkan serba sedikit tentang kedudukan postur dalam nyanyian.


1. KAKI                 : Sentiasa sedia untuk bergerak dengan kedua-dua belah kaki sedikit terbuka, salah satu berada sedikit ke hadapan dan berat badan yang seimbang namun tertumpu kepada bahagian hadapan.

2. LUTUT                   : Elakkan mengunci pada satu posisi. Sentiasa berada dalam keadaan relax.

3. PAHA                     : Selari dengan tulang belakang.

4. PUNGGUNG         : Jangan menonggek

5. ABDOMEN           : Atas (Epigostrium): Selesa untuk digerakkan.
                                     Bawah                     : masuk sedikit

6. BAHU                    : Seimbang dan selari dengan lantai

7. LEHER                   : Dalam keadaan menegak tanpa rasa ketegangan

8. KEPALA                : Berada di tengah-tengah bagu, jangan mendongak atau menunduk.

9. DAGU                    : Selari dengan lantai (Pastikan aras mata memandang lurus ke hadapan)





                                                          POSTUR KETIKA BERDIRI









                                                     POSTUR KETIKA DUDUK






Oleh itu, amalan penjagaan postur badan amat penting bukan sahaja dalam nyanyian malah ia sangat penting dalam urusan seharian kita untuk jangka masa yang panjang.


Selamat berlatih!

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan Alat Muzik Brass