
Mari Belajar Rekoder Oleh : Barlian Ana Mohamad Sejarah Rekoder Rekoder merupakan alat tiupan kayu yang tertua . Ia mula dimainkan semenjak Zaman Baroque dalam sejarah muzik klasikal barat . Pada zaman Pertengahan Eropah ataupun "medieval", rekoder adalah alat muzik yang popular. Namun demikian , populariti alat muzik ini mula menurun di abad ke 18 disebabkan terciptanya alat tiupan orkestra seperti oboe, klarinet dan flute yang boleh memainkan "range" not yang lebih bervariasi dan luas berbanding rekoder. Pada zaman kegemilangannya , rekoder sering digunakan dalam persembahan orkestra untuk menggambarkan burung-burung berkicauan , pengembala kambing , pengkebumian dan perkahwinan . Banyak karya komposer terkenal pada zaman Baroque seperti Bach dan Vivaldi menggunakan rekoder sebagai alat utama untuk seksyen alat tiupan . Pada abad ke 20, rekoder dig...